Ayah oh ayah.. 4
Hari ni aku cuti, esok pun. Aku cuti sampai raya qurban.. Mula dari hari rabu minggu lepas, hari ayah dimasukkan ke hospital buat kali terakhir.. sampailah raya qurban nanti. Lama gak tu.. hampir 2 minggu.. 13 hari.. Aku bersyukur bos aku pun baik hati orangnya. Puan Aslina namanya. Dia yang yang cadang aku cuti sampai jumaat lepas. Pastu lepas aku call dia aku nak sambung lagi cuti lepas pemergian ayah tempoh hari, dia siap syorkan, ambillah cuti banyak mana yang aku perlukan! Biar betul, aku cuti 1 tahun nnti baru tahu. Hihi. Insyaallah minggu depan aku sambung keje. Bukan apa, patut aku rasa aku teman mak pulak lepas pedihnya rasa perpisahan dengan ayah khamis lepas.. selain aku sendiri yang belum pun lagi stabil sepenuhnya..
Aku bukanlah orang yang terlalu emosional.. menurut perasaan, dilayan tak sudah2. tapi perasaan sedih mmg ada.. merasa sedih atas pemergian ayah tercinta pada aku perasaan yang tersangatlah normal.. orang yang tak bersedih atas pemergian orang tercinta lah pada aku tak normal, atau kurang warasnya.Sebenarnya aku pelik pada orang yang tanya, kau nak nangis apa lagi, ayah kau dah pergi?..ya allah, apa wujud orang macam ini rupanya. mungkin niat untuk meredakan kesedihan tu mmg murni, tetapi ayat2 itu aku rasa terlalu bodoh untuk dituturkan.. aku pelik juga pada orang yang cakap, dah lah tu, jangan menangis, ayah dah pergi.. terjadi masa ayah pergi tengahari khamis hari tu.. apa hak dia nak menahan kesedihan orang lain atas pemergian orang kesayangan? kalau nada memujuk takpe la jugak, ini semacam berkeras, jangan menangis, itu benda yang tak patut. pelik aku rasa. nabi pun izinkan orang bersedih dan menangis atas kematian orang terdekat. yang tak buleh, meratap. meratapi suatu kematian, seolah2 tidak meredhai, itu yang haram. bersedih, menangis seadanya bahkan dianjurkan islam. lagipun kami anak2nya hari tu bukanlah teruk sangat menangis. sekadar menyebut ayah, allah, dan bercucuran air mata.. apakah patut air mata itu ditahan dari keluar? geram aku dibuatnya..Islam tu kan agama fitrah, yang diajar supaya bersabar, mengingati kematian suatu yang pasti.. itulah iktibar besarnya.. bagi anak2 yg terus hidup, doa2 lah yang meneruskan kebahagian ibu ayah di alam sana.. sebab segala amalan seseorang dah terputus, melainkan 3:ilmu yang bermanfaat, sadaqah jariah, dan doa anak2 yang soleh. alhamdulillah, aku rasa semua bahagian tu ayah ada sahamnya.. banyak mana aku tak pasti, tapi aku rasa besar gak.. cuma part terakhir doa anak yang soleh.. sebab untuk doa anak itu diterima menemani mak ayah, soleh adalah syaratnya.. dan adakah aku ini soleh? mudah2an allah terus bagi aku kekuatan untuk menjadi hambaNya yang soleh dan terus mendoakan ayah.. pada aku, itulah antara tujuan khusus perkahwinan.. anak yang soleh yang mendoakan. kalau sekadar dapat anak yang mendoakan atau soleh tapi tidak mendoakan, apatah lagi ‘sekadar mendapat anak’, pada aku sia2.. kene harapkan lagi 2 punca lagi lah saham akhirat kita..
ayah memang baik orangnya. tak putus2 orang menyampaikan ayah orang baik. Orang taman ni sahaja mmg merasakan kehilangan seorang imam yang lain daripada yang lain.. yang baik hati dan merendah diri. ade jugak yang menangis tengok ayah sakit hari tu.. padahal takde pertalian saudara pun, sekadar hubungan imam - makmum je.. mak terkadang bercerita balik betapa ayah sendiri yang membersihkan taik cicak dan cencorot di masjid. padahal kalau ikutkan, itukan tugas siak? kalau nak berkira la.. ayah jarang komplen kalau ade hak2 dia yang sepatutnya dipenuhi.. sekali sekala mmg ada, sebab pada aku ayah berprinsip. contoh macam hari tu masa ayah sakit, ayah tak pernah suruh, apatah lagi dengan suara keras, ayah nak makan minum ke, buang air ke.. masa ayah sakit hari tu, biasanya kakmah atau mak yang akan sediakan makan minum ayah. ada sekali ayah lapar, selalu gak, ayah pergi sendiri ambik pinggan nak ambik nasi.. ya allah.. ayah taknak susahkan orang lain.. kalau ayah sihat, takpelah, aku sendiri suka ayah berdikari, eksesais, untuk sentiasa gerakkan otot kalau buleh. sihat sikit..sekarang ni ramai je sang suami, kalau nak makan sentiasa tunggu bersendukkan nasi, terhidang lauk pauk.. kalau buleh nak disuapkan sekali ke mulut agaknya.. aku tak pasti lah adakah itu akhlak yang baik bagi seorang suami atau ayah.. tapi ayah tak pernah tunjukkan contoh yang itu.. kalau ayah dapat buat sendiri, ayah akan buat. sampai aku teringat dulu, ayah pulak yang basuhkan kereta proton saga kalau aku nak balik kuantan dari rumah masa belajar dulu.. tak ke rasa berdosa tu? tapi aku yakin ayah ampunkan aku.. sebab ayah sendiri pun tak pernah komplen aku ni teruk ke, ape ke.. lagipun ayah dah maafkan aku pagi buta hari tu.. aku selalu cakap nnti ayi hantar basuh bila dah kat kuantan.. sebab dalam perjalanan keta tu akan kotor gak.. untuk keselesaan aku katanya.. ya allah, maka ada ke dosa ayah kat aku kalau macam tu sekali pemikiran ayah? jarang dah kot nak jumpa ayah macam ni.. yelah, lelaki ada ego dia.. sebagai ketua keluarga, dengan sekali arahan, macam2 buleh dan sepatutnya dah terlaksana.. tapi itulah ayah, berlembut, sampai hujung usia, siap minta ampun dari aku ni.. betapa kecutnya hati aku ni malam tu.. mudah2an aku dapat jadi macam ayah..
aku masih ingat pemurahnya ayah.. pernah aku ikut ayah shopping kat pasar.. ayah beli banyak barang makanan asasi, untuk sadaqah kepada 2 famili yang dia tahu. banyak yang ayah pilih. macam tak de had limit duit dalam kocek agaknya. aku tanya untuk sape ni yah? banyak sangat. takkan la untuk kita? pasal sikit pun dah cukup. selamba ayah jawab untuk along anan n ika, 2 famili yang aku maksudkan tu.. aku terharu hiba.. pemurah nya ayah.. kalau aku mungkin aku dah tak hirau dah keluarga tu.. sebab setiap bulan ayah buat macam tu.. kalau aku mungkin aku dah fikir, cukuplah sekali sekala sadaqah kat orang tu. bagi orang lain plak merasa.. tiba2 spontan aku tercakap, pemurah nya ayah ni, mudah2an ayi dapat ikut ayah nnti.. ayah dengar dan terus tersenyum sampai nampak gigi ayah yang tinggal sikit2 je tu.. perkataan aku jadi sedikit cerita hiburan untuk ayah bila ayah cerita kat mak pulak.. masa tu aku dah tak ingat bile.. insyaallah mudah2an doa aku masa tu allah makbulkan, dan aku ingat mak ayah aminkan.. dan aku kira doa mak ayah ni kadang2 sangat dahsyat mustajabnya..
ramai yang pelik dengan kedudukan kewangan ayah.. ayah tak pakai financial planning yang canggih2. takde rumah untuk disewa, takde saham berjuta2.. tapi kewangan ayah macam tak pernah surut.. betul..tapi aku tak nafikan bergunanya ilmu2 kewangan yang ada sekarang ni. Yelah, aku sendiri belajar macam mana nak melabur, urus kewangan dan sebagainya.. masa aku belajar dulu, mmg tanpa komplen ayah bagi aku duit belanja.. kasar pulak tu.. beratus ratus sekali bagi.. bile kira balik mane sangat lah datangnya sumber duit ayah tu.. tapi mmg pelik, rasanya ayah sentiasa bersedekah.. kalau jumpa nenek contohnya, selalu je die bagi tanpa banyak cakap. sampai nenek aku pun gaduh, ade tak duit udo(panggilan ayah aku) ni bagi duit banyak2 ni? ado.. jawabnya simple sambil tersenyum. tak cukup dengan tu, orang2 yang rapat dengan dia, sedara mara yang memerlukan, selalu je ayah bagi tanpa banyak cakap. kalau takde sangat duit kasar, ayah main seluk je dalam poket2 baju melayu, batik die. kot2 ada. selalunya tak menghampakan.. aku rasa sekarang ni kalau aku seluk poket2 tu masih berisi lagi.. tulah rezeki ayah.. orang lain bergaji besar, bisnes besar, banyak gak krisis kewangan yang dihadapi.. sampai siap mintak pinjam duit kat ayah.. prinsip ayah kalau mampu, ada duit, buatlah, atau belilah. kalau tak, tak payah nk sibuk2. tak payah bermewah2, asal selesa, cukup. sekali sekala nak merasa tu takpe.. hmm.. aku belajar satu bende dari ayah dalam kewangan ni.. mak ayah tak pernah miss bagi duit kat nenek ( dan atuk masa hidup dulu) setiap bulan. walaupun dulu pernah duduk kat kanada, duit bulanan tu tak pernah miss.. kalau miss, ayah akan longgokkan hutang tu, pastu bagi selonggok.. jadi, pada kawan2 yang ade terbaca blog aku ni, atau sesape la, kalau dah bekerja tu, aku nasihatkan bagi la mak ayah seberapa yang mampu setiap bulan. mungkin betul dia tak memerlukan, lebih dari yang kita perlu, tapi mak ayah akan tersentuh dengan pemberian kita tu.. berapa lama dah kita besarkan anak kita dengan duit yang bukannya sikit… yelah, dengan duit sekolah, universiti, kadang2 belanja komputer dan macam2 lagi.. sekarang anak pulak yang bagi kita duit.. lebih kurang macam tu barangkali fikirnya.. mungkin bukan lah duit tu yang diorang harapkan sangat, tapi penghargaan tu setelah membesarkan kita.. jadi, selain penjagaan n kasih sayang yang kita balaskan, bagilah diorang banyak mana yang termampu..
kesedihan yang aku alami sudah mula mereda. Tapi itu sedih.. peritnya rindu belum datang lagi.. aku kesian tengok adik aku Fatimah.. baru beberapa hari ayah pergi.. dia dah menangis rindu.. ayi, kakmah rindu ayah.. mata aku terus bergenang.. aku sedih sbb aku pun rindu gak ayah, tapi melihatkan dia, dan tentunya mak.. aku jadi lebih hiba.. dia mmg tersangat rapat dgn ayah. Dia yang paling lama duduk sama dengan ayah. Hampir setiap malam dia tidur temankan ayah, urutkan ayah, penuhi segala hajat ayah. Mak kadang2 nak tidur tempat berdingin, sejuk, sbb panas katanya. Tapi ayah tidur mmg dalam keadaan suam2je suasana dia..jadikakmah lah yang bertahan menerima tidur dalam suam2 sebab nak bagi ayah selesa. ya, aku kagum dengan kakmah lantaran pengorbanannya bagi segala yang menyenangkan buat ayah.. kakmah cakap hari ayah pergi dia tak terasa lagi, tapi hari ke dua dan seterusnya, sakitnya rindu sudah mula membungkam hati.. kalau tak ditangani dgn baik, buleh berkumpul dalam dada, lantas sesak jadinya.. aku risau itu. Dia anak yang baik.. jadi rindu nya dia pada ayah mmg mendalam..hari ni dia demam, tak pasti demam rindu atau sekadar stres sebab kursus maktab yang dia harus hadiri.. sesekali aku tengok wajah dia, dia ok pada pandangan aku.. tak cukup doa untuk ayah, ya allah kau tenteramkan lah hati2 ahli keluarga kami.. kau suburkan sabar dalam jiwa2 kami. Aku tertarik komen yang sebut mudah2an kesedihan tak mengurangkan pahala sabar.. ya, mudah2an begitu…
Aku nak coretkan bagaimana besarnya pengaruh ayah dalam membentuk hidup aku.. yang lepas dan yang akan datang.. sampailah ke bab jodoh aku.. kalau ada sekiranya yang merasakan aku ni bagus dan sebagainya, kredit utama aku fikir mesti dibagi pada ayah, keduanya emak.. namun kedua2nya sejak dulu memang mengikut rapat perkembangan tumbesaran aku.. agar terus jadi anak sepertimana yang die nakkan.. dan aku harus akui, kadang2 aku tak tercapai apa yang dihajatkan mereka.. selagi lagi, maaf ayah.. oh ayah, aku mmg rasa bersalah pada ayah.. aku takkan terlupakan saat ayah minta ampun pada aku pagi2 buta kat hospital hari tu.. ungkapan yang melenyapkan terus zarah2 keegoan yang ada.. melonglaikan segenap anggota badan.. ayah oh ayah, ketahuilah bahawa anak mu ini sudah mula rindukan mu!