Archive for December, 2008

Ayah oh ayah.. 4

Hari ni aku cuti, esok pun. Aku cuti sampai raya qurban.. Mula dari hari rabu minggu lepas, hari ayah dimasukkan ke hospital buat kali terakhir.. sampailah raya qurban nanti. Lama gak tu.. hampir 2 minggu.. 13 hari.. Aku bersyukur bos aku pun baik hati orangnya. Puan Aslina namanya. Dia yang yang cadang aku cuti sampai jumaat lepas. Pastu lepas aku call dia aku nak sambung lagi cuti lepas pemergian ayah tempoh hari, dia siap syorkan, ambillah cuti banyak mana yang aku perlukan! Biar betul, aku cuti 1 tahun nnti baru tahu. Hihi. Insyaallah minggu depan aku sambung keje. Bukan apa, patut aku rasa aku teman mak pulak lepas pedihnya rasa perpisahan dengan ayah khamis lepas.. selain aku sendiri yang belum pun lagi stabil sepenuhnya..

Aku bukanlah orang yang terlalu emosional.. menurut perasaan, dilayan tak sudah2. tapi perasaan sedih mmg ada.. merasa sedih atas pemergian ayah tercinta pada aku perasaan yang tersangatlah normal.. orang yang tak bersedih atas pemergian orang tercinta lah pada aku tak normal, atau kurang warasnya.Sebenarnya aku pelik pada orang yang tanya, kau nak nangis apa lagi, ayah kau dah pergi?..ya allah, apa wujud orang macam ini rupanya. mungkin niat untuk meredakan kesedihan tu mmg murni, tetapi ayat2 itu aku rasa terlalu bodoh untuk dituturkan.. aku pelik juga pada orang yang cakap, dah lah tu, jangan menangis, ayah dah pergi.. terjadi masa ayah pergi tengahari khamis hari tu.. apa hak dia nak menahan kesedihan orang lain atas pemergian orang kesayangan? kalau nada memujuk takpe la jugak, ini semacam berkeras, jangan menangis, itu benda yang tak patut. pelik aku rasa. nabi pun izinkan orang bersedih dan menangis atas kematian orang terdekat. yang tak buleh, meratap. meratapi suatu kematian, seolah2 tidak meredhai, itu yang haram. bersedih, menangis seadanya bahkan dianjurkan islam. lagipun kami anak2nya hari tu bukanlah teruk sangat menangis. sekadar menyebut ayah, allah, dan bercucuran air mata.. apakah patut air mata itu ditahan dari keluar? geram aku dibuatnya..Islam tu kan agama fitrah, yang diajar supaya bersabar, mengingati kematian suatu yang pasti.. itulah iktibar besarnya.. bagi anak2 yg terus hidup, doa2 lah yang meneruskan kebahagian ibu ayah di alam sana.. sebab segala amalan seseorang dah terputus, melainkan 3:ilmu yang bermanfaat, sadaqah jariah, dan doa anak2 yang soleh. alhamdulillah, aku rasa semua bahagian tu ayah ada sahamnya.. banyak mana aku tak pasti, tapi aku rasa besar gak.. cuma part terakhir doa anak yang soleh.. sebab untuk doa anak itu diterima menemani mak ayah, soleh adalah syaratnya.. dan adakah aku ini soleh? mudah2an allah terus bagi aku kekuatan untuk menjadi hambaNya yang soleh dan terus mendoakan ayah.. pada aku, itulah antara tujuan khusus perkahwinan.. anak yang soleh yang mendoakan. kalau sekadar dapat anak yang mendoakan atau soleh tapi tidak mendoakan, apatah lagi ‘sekadar mendapat anak’, pada aku sia2.. kene harapkan lagi 2 punca lagi lah saham akhirat kita..

ayah memang baik orangnya. tak putus2 orang menyampaikan ayah orang baik. Orang taman ni sahaja mmg merasakan kehilangan seorang imam yang lain daripada yang lain.. yang baik hati dan merendah diri. ade jugak yang menangis tengok ayah sakit hari tu.. padahal takde pertalian saudara pun, sekadar hubungan imam - makmum je.. mak terkadang bercerita balik betapa ayah sendiri yang membersihkan taik cicak dan cencorot di masjid. padahal kalau ikutkan, itukan tugas siak? kalau nak berkira la.. ayah jarang komplen kalau ade hak2 dia yang sepatutnya dipenuhi.. sekali sekala mmg ada, sebab pada aku ayah berprinsip. contoh macam hari tu masa ayah sakit, ayah tak pernah suruh, apatah lagi dengan suara keras, ayah nak makan minum ke, buang air ke.. masa ayah sakit hari tu, biasanya kakmah atau mak yang akan sediakan makan minum ayah. ada sekali ayah lapar, selalu gak, ayah pergi sendiri ambik pinggan nak ambik nasi.. ya allah.. ayah taknak susahkan orang lain.. kalau ayah sihat, takpelah, aku sendiri suka ayah berdikari, eksesais, untuk sentiasa gerakkan otot kalau buleh. sihat sikit..sekarang ni ramai je sang suami, kalau nak makan sentiasa tunggu bersendukkan nasi, terhidang lauk pauk.. kalau buleh nak disuapkan sekali ke mulut agaknya.. aku tak pasti lah adakah itu akhlak yang baik bagi seorang suami atau ayah.. tapi ayah tak pernah tunjukkan contoh yang itu.. kalau ayah dapat buat sendiri, ayah akan buat. sampai aku teringat dulu, ayah pulak yang basuhkan kereta proton saga kalau aku nak balik kuantan dari rumah masa belajar dulu.. tak ke rasa berdosa tu? tapi aku yakin ayah ampunkan aku.. sebab ayah sendiri pun tak pernah komplen aku ni teruk ke, ape ke.. lagipun ayah dah maafkan aku pagi buta hari tu.. aku selalu cakap nnti ayi hantar basuh bila dah kat kuantan.. sebab dalam perjalanan keta tu akan kotor gak.. untuk keselesaan aku katanya.. ya allah, maka ada ke dosa ayah kat aku kalau macam tu sekali pemikiran ayah? jarang dah kot nak jumpa ayah macam ni.. yelah, lelaki ada ego dia.. sebagai ketua keluarga, dengan sekali arahan, macam2 buleh dan sepatutnya dah terlaksana.. tapi itulah ayah, berlembut, sampai hujung usia, siap minta ampun dari aku ni.. betapa kecutnya hati aku ni malam tu.. mudah2an aku dapat jadi macam ayah..

aku masih ingat pemurahnya ayah.. pernah aku ikut ayah shopping kat pasar.. ayah beli banyak barang makanan asasi, untuk sadaqah kepada 2 famili yang dia tahu. banyak yang ayah pilih. macam tak de had limit duit dalam kocek agaknya. aku tanya untuk sape ni yah? banyak sangat. takkan la untuk kita? pasal sikit pun dah cukup. selamba ayah jawab untuk along anan n ika, 2 famili yang aku maksudkan tu.. aku terharu hiba.. pemurah nya ayah.. kalau aku mungkin aku dah tak hirau dah keluarga tu.. sebab setiap bulan ayah buat macam tu.. kalau aku mungkin aku dah fikir, cukuplah sekali sekala sadaqah kat orang tu. bagi orang lain plak merasa.. tiba2 spontan aku tercakap, pemurah nya ayah ni, mudah2an ayi dapat ikut ayah nnti.. ayah dengar dan terus tersenyum sampai nampak gigi ayah yang tinggal sikit2 je tu.. perkataan aku jadi sedikit cerita hiburan untuk ayah bila ayah cerita kat mak pulak.. masa tu aku dah tak ingat bile.. insyaallah mudah2an doa aku masa tu allah makbulkan, dan aku ingat mak ayah aminkan.. dan aku kira doa mak ayah ni kadang2 sangat dahsyat mustajabnya..

ramai yang pelik dengan kedudukan kewangan ayah.. ayah tak pakai financial planning yang canggih2. takde rumah untuk disewa, takde saham berjuta2.. tapi kewangan ayah macam tak pernah surut.. betul..tapi aku tak nafikan bergunanya ilmu2 kewangan yang ada sekarang ni. Yelah, aku sendiri belajar macam mana nak melabur, urus kewangan dan sebagainya.. masa aku belajar dulu, mmg tanpa komplen ayah bagi aku duit belanja.. kasar pulak tu.. beratus ratus sekali bagi.. bile kira balik mane sangat lah datangnya sumber duit ayah tu.. tapi mmg pelik, rasanya ayah sentiasa bersedekah.. kalau jumpa nenek contohnya, selalu je die bagi tanpa banyak cakap. sampai nenek aku pun gaduh, ade tak duit udo(panggilan ayah aku) ni bagi duit banyak2 ni? ado.. jawabnya simple sambil tersenyum. tak cukup dengan tu, orang2 yang rapat dengan dia, sedara mara yang memerlukan, selalu je ayah bagi tanpa banyak cakap. kalau takde sangat duit kasar, ayah main seluk je dalam poket2 baju melayu, batik die. kot2 ada. selalunya tak menghampakan.. aku rasa sekarang ni kalau aku seluk poket2 tu masih berisi lagi.. tulah rezeki ayah.. orang lain bergaji besar, bisnes besar, banyak gak krisis kewangan yang dihadapi.. sampai siap mintak pinjam duit kat ayah.. prinsip ayah kalau mampu, ada duit, buatlah, atau belilah. kalau tak, tak payah nk sibuk2. tak payah bermewah2, asal selesa, cukup. sekali sekala nak merasa tu takpe.. hmm.. aku belajar satu bende dari ayah dalam kewangan ni.. mak ayah tak pernah miss bagi duit kat nenek ( dan atuk masa hidup dulu) setiap bulan. walaupun dulu pernah duduk kat kanada, duit bulanan tu tak pernah miss.. kalau miss, ayah akan longgokkan hutang tu, pastu bagi selonggok.. jadi, pada kawan2 yang ade terbaca blog aku ni, atau sesape la, kalau dah bekerja tu, aku nasihatkan bagi la mak ayah seberapa yang mampu setiap bulan. mungkin betul dia tak memerlukan, lebih dari yang kita perlu, tapi mak ayah akan tersentuh dengan pemberian kita tu.. berapa lama dah kita besarkan anak kita dengan duit yang bukannya sikit… yelah, dengan duit sekolah, universiti, kadang2 belanja komputer dan macam2 lagi.. sekarang anak pulak yang bagi kita duit.. lebih kurang macam tu barangkali fikirnya.. mungkin bukan lah duit tu yang diorang harapkan sangat, tapi penghargaan tu setelah membesarkan kita.. jadi, selain penjagaan n kasih sayang yang kita balaskan, bagilah diorang banyak mana yang termampu..

kesedihan yang aku alami sudah mula mereda. Tapi itu sedih.. peritnya rindu belum datang lagi.. aku kesian tengok adik aku Fatimah.. baru beberapa hari ayah pergi.. dia dah menangis rindu.. ayi, kakmah rindu ayah.. mata aku terus bergenang.. aku sedih sbb aku pun rindu gak ayah, tapi melihatkan dia, dan tentunya mak.. aku jadi lebih hiba.. dia mmg tersangat rapat dgn ayah. Dia yang paling lama duduk sama dengan ayah. Hampir setiap malam dia tidur temankan ayah, urutkan ayah, penuhi segala hajat ayah. Mak kadang2 nak tidur tempat berdingin, sejuk, sbb panas katanya. Tapi ayah tidur mmg dalam keadaan suam2je suasana dia..jadikakmah lah yang bertahan menerima tidur dalam suam2 sebab nak bagi ayah selesa. ya, aku kagum dengan kakmah lantaran pengorbanannya bagi segala yang menyenangkan buat ayah.. kakmah cakap hari ayah pergi dia tak terasa lagi, tapi hari ke dua dan seterusnya, sakitnya rindu sudah mula membungkam hati.. kalau tak ditangani dgn baik, buleh berkumpul dalam dada, lantas sesak jadinya.. aku risau itu. Dia anak yang baik.. jadi rindu nya dia pada ayah mmg mendalam..hari ni dia demam, tak pasti demam rindu atau sekadar stres sebab kursus maktab yang dia harus hadiri.. sesekali aku tengok wajah dia, dia ok pada pandangan aku.. tak cukup doa untuk ayah, ya allah kau tenteramkan lah hati2 ahli keluarga kami.. kau suburkan sabar dalam jiwa2 kami. Aku tertarik komen yang sebut mudah2an kesedihan tak mengurangkan pahala sabar.. ya, mudah2an begitu…

Aku nak coretkan bagaimana besarnya pengaruh ayah dalam membentuk hidup aku.. yang lepas dan yang akan datang.. sampailah ke bab jodoh aku.. kalau ada sekiranya yang merasakan aku ni bagus dan sebagainya, kredit utama aku fikir mesti dibagi pada ayah, keduanya emak.. namun kedua2nya sejak dulu memang mengikut rapat perkembangan tumbesaran aku.. agar terus jadi anak sepertimana yang die nakkan.. dan aku harus akui, kadang2 aku tak tercapai apa yang dihajatkan mereka.. selagi lagi, maaf ayah.. oh ayah, aku mmg rasa bersalah pada ayah.. aku takkan terlupakan saat ayah minta ampun pada aku pagi2 buta kat hospital hari tu.. ungkapan yang melenyapkan terus zarah2 keegoan yang ada.. melonglaikan segenap anggota badan.. ayah oh ayah, ketahuilah bahawa anak mu ini sudah mula rindukan mu!

Comments (4) »

Ayah oh ayah.. 3

‘ayi, panggil semua anak2 ayah, mak sekarang.’ aku terlopong.. pukul 2 pagi kat wad kelas 1 hospital tuanku jaafar seremban.. aku amati cakap ayah.. betul ke ni? aku dalam ngantuk2 dgr permintaan ayah.. aku dah mula sebak.. ‘ayah..’ aku lirih lemah. ‘ayah sakit ke?’ aku maksudkan ayah merasa sakit kat mana2 tempat kat badan.. ayah ulang balik permintaan ayah.. panggil lah semua anak2, mak.. ayah mimpi ayah dah mati.. ya Allah, runtuh rasanya jantung ni dgr permintaan ayah tu. aku tanye, ayah kenapa.. sambil tu tangan aku mengurut lemah badan ayah mana yang aku tercapai. ayah paling suka kalau anak die urutkan belakang die.. ‘hah, kono tu (kena tu)’ bila terasa kena tempat yg die lenguh n sakit.. tapi masa tu tangan aku sedikit longlai.. urut pun sekadar menyapu je.. aku cuak.. pukul 2 pagi.. ape aku nak buat? aku sorang je teman ayah masa tu.. aku kena buat keputusan.. kalau betul ayah pegi, takkan la aku sorang je anak die kat samping die? nak bgtahu mak ke? nk bgtahu terus adik beradik yg lain? buleh ke diorang datang terus ke hospital pagi2 buta tu? macam2 sangat bende negatif terlintas kat fikiran aku masa tu.. ayah cakap ayah sesak nafas.. dah rasa nafas terhalang.. aku masih buntu.. nak call ke tak..fikiran rasional masih belum datang. ayah ulang lagi permintaan ayah.. call mak dogheh( cepat), kang tak sompek.. aku mmg ingat ayat ngeri tu.. tak aku sedari aku dah mula menangis depan ayah..

aku panggil staff nurse cepat.. die datang tgk keadaan ayah pastu kuar balik nak ambik alat2 monitoring die.. sambil2 tu aku bagi ayah minum.. aku usap muka ayah. aku cium muka ayah.. longlai gak aku dibuatnya.. fikiran tak menentu.. nak call mak, mesti mak tgh tido kan.. pastu nk panggil datang? buleh ke mak datang tgh2 malam buta ni? apa plak perasaan mak.. mesti runtuh jiwa mak.. tak pun pengsan terus.. kalau aku call sekarang, mak mesti fikir yang ayah dah mati.. yelah, sape plak nak call time2 macam tu.. takkan lah aku nak call sekadar cakap ayah lapar, ayah nk buang air.. bab itu aku buleh uruskan..lepas aku dapat pastikan ayah masih dalam keadaan ok,barulah aku decide nk bgtau mak.. aku nekad.. aku mesti bgtau mak.. bukan apa, sebab itu permintaan ayah sendiri..

tak lama lepas aku call, mak angkat. dalam 3 kali dering je rasanya.. seperti yang dijangka mak kedengaran tersangatlah cuak. mengah mak macam baru lepas pecut 100 meter.. ‘hah, ayi ade apa ayi?’ lemah bunyinya. aku tahu, mak 50% dah menjangka berita pemergian ayah.. aku takkan call kalau takde berita2 ‘ganas’ seperti itu pada waktu2 macam tu.. aku tenang, cakap, ‘takde mak, ayah minta mak datang, anak2 die datang.. ayah kate ayah mungkin dah tak lama dah..’ aku terus menangis dalam telepon. mak pun sama. walaupun berita tu tak seganas kematian.. tapi ia cukup membuatkan mak tak tidur terus malam tu.. adik aku kakmah dan kakak yg ade tidur sekali teman mak kat rumah pun sama, tak dapat tidur kat rumah.. menurut kakak, mak melompat dari katil sebaik dengar deringan telefon.. mak jawab dalam menangis.. mak tak dapat datang.. aku terkejut.. mak tak sanggup, mak tak kuat.. aku faham.. mak risau mak sendiri plak yg pengsan lantaran jiwnya yg semakin haus direnggut kerisauan tentang suami tercintanya.. aku tanya, nak ayi bgtau abang, bangdin, ateh, bebi ke? kakmah n kakak dah kat rumah, mesti diorang ada sebelah mak.. aku bayang dah muka risau kakmah, muka cuak kakak.. kakak n kakmah kalau cuak mmg tak sedap betul tengok muke die.. especially kakak. yg itu depends masing2 la.. mak kate tak payah la yi, ajarkan lah ayah mengucap, lailahailallah. tenang je jawapan mak.. cukup wibawanya.

aku balik ke ayah.. serba salah nak bgtau jawapan dari mak.. mesti ayah kecewa sikit mak, anak2 lain takkan datang.. aku dolak dalik nk cakap mak takkan datang sekarang..sambil tu nurse tadi dah dtg dgn alat nk monitor spo2, bp, heart beat dan sebagainya.. doktor pun datang.. dgn muka mengantuknya.. die tengok sikit2 ayah. ok je.. aku tengok mesin monitor tu pun ayah ok je.. oxygen mask dah dipasang. optimise respiration ayah.. last2 aku cakap mak tak datang, subuh kang baru datang.. mak sebenarnya tak suke bile datang nk melawat dilayan kasar oleh jaga2 yang bertugas.. respond ayah dull.. tak nampak kecewa pun.. biasa je.. tu lah ayah.. kalau aku mungkin aku dah marah ke, degil betul. orang suruh datang sekarang, datang jelah. ayah pun sangat faham lemah nya emak.. mmg dalam sakit ayah hari tu, ayah masih ambik berat hal2 mak. itu yang buatkan mak nangis tak sudah2.. baiknya ayah pada mak..

perlahan lahan aku ajarkan shahadah kat ayah. walaupun nak tak nak je keluar dari mulut.. macam tersangkut kat kerongkong.. aku kira aku ajar sikit je shahadah kat ayah.. banyak yang menangis.. aku nikmati muka ayah. muka itu penuh wibawa..muka yang sekarang aku tak dapat lagi nikmati.. oh ayah.. lama2 ayah ok, ayah sambung tidur.. aku pun ngntuk balik.. walaupun aku tatap muka ayah.. sebak.. lama2 aku pun letak kepala aku sebelah muka ayah.. aku terlena lagi.. buleh pulak aku tido lagi.. hish hish. aku tekad nak cuti esok pagi nye tu.. ataupun off je pagi tu.. mak kat rumah masa tu seperti yang aku jangka, tak tidur. kakmah n kakak pun. tepat 6.30 mak n kakmah muncul. aku masa tu dah tido balik lepas solat subuh, lepas lapkan air basuhan limau kat ayah.. sebahagian ikhtiar ubatan kampung.. aku buat ringkas, pastu tido balik.. senang betul la aku ni ngntuk n tido.. hari tu normal kembali. mak jaga ayah pagi tu. kakmah pun cuti gak hari tu kalau tak silap aku. aku dah mintak E.L kat puan adibah.. bos satelit farmasi masa tu.. aku tido sampai tak sedar sampailah doktor buat round…

malam tu aku jaga lagi ayah. trick nye aku bawa baju aku siap2, mandi kat hospital. keje nnti terus turun ke bawah.. malam tu sekali lagi aku lalui pengalaman ‘ngeri’ semalam.. ayah kejut aku dalam pukul 3 pagi.. sekali lagi suruh aku call semua anak2 die.. aku kali ni lebih tenang.. aku syak ade syaitan yang ganggu perasaan ayah.. yelah, masa sakit2 macam ni, mudah je nak diganggu.. walaupun aku tak ambil mudah permintaan ayah.. aku fikir lama gak masa tu.. aku tenung je ayah.. mata mmg dah bergenang dgn air masa tu.. kalau takdir nye ayah pegi masa tu, hanya aku je yang temankan ayah.. tapi malam tu tak kurang cuak jugak aku dibuatnya, lantaran ‘hujah’ ayah yang pada aku semakin kukuh.. ayah cakap ayah mimpi lagi ayah dah mati.. ayah kali ni menangis!

malam tulah malam yang paling hiba aku rasa selama aku hidup di bumi tuhan selama 25 tahun ni.. ayah sebut.. ‘ayi, maafkan ayah ye yi salah silap ayah..’ sambil ayah hulurkan tangan nak salam.. aku dah tak tahan lalu menangis dan terus kucup tangan ayah dan peluk ayah.. aku cium ayah.. terasa suam air mata ayah mengalir.. allahuakbar, allahuakbar, allah kuatkan aku masa tu.. doa aku.. aku nak cakap, tapi yang keluar hanyalah tangisan.. kata2 tak terucap.. tersangkut lagi di kerongkong.. ape lah dosa ayah pada aku? aku ni lah yang banyak dosa, banyak salah silap pada ayah.. mase tu terlintas la semua yang aku anggap dosa aku pada ayah.. antara yg aku paling sedih betapa die nk aku berjaya dalam medic dulu.. studi aku plak masa tu down.. aku rasa itu dosa aku kat ayah.. banyak lagi.. last aku sebut, ayah, maafkan dosa ayi ayah.. kata2 yg lebih panjang tak terucap.. ayah maafkan, jawab ayah ringkas dan padat.. malam tu aku melayan perasaan sambil menangis tak sudah2. dah tenang sikit aku ajar ayah mengucap. ingat allah ye yah.. ayah menurut. masa tu ayah masih sedar.. alhamdulillah peritnya peristiwa pagi buta tu berlalu lagi bila datang siangnya.. kembali normal.. hari tu aku minta lgi cuti..kalau buleh nak aje berhenti keje masa tu.. masa ni lah aku pk sedapnya kalau keje sendiri.. tak de rase terikat langsung dengan sesape. pagi tu aku tak call sesape.. aku taknak rosakkan lagi jiwa mak yang dah sedia haus tu.. aku jelah yang mengharung perit pagi tu dengan ingatan kepada allah..

ayah oh ayah.. pada aku ayah bukanlah segalanya, tapi hampir segala-galanya ade pada ayah. kasih sayang die, pemurah die, akhlak die, wibawa die, ilmu die, ceria die dan segala-galanya. ayah bukanlah segalanya sebab aku sedar setelah ayah didik dengan elok, hidup ni mmg kepada allah kita kembali… ajal maut sudah pasti, semua orang akan merasanya. masa sahaja yang menentukan.. hidup ini penuh dengan makna, misteri dan rahsia.. aku mesti mencari makna tu selagi aku hidup.. dan makna tu mmg dah ada depan mata… tinggal baca n hayati je.. allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.. allah luaskan kubur ayah, hantarkan sejuk tenteram pada ayah, terangi kubur die dengan amalan2 mulia dia, dan dari doa anak2nya ini…

Comments (3) »